Profil

SIFOOLAN adalah gabungan dua perkataan iaitu "Sifoo" yang bermaksud guru atau cikgu, manakalau "LAN" adalah panggilan bagi nama MOHD AZLAN. Gabungan perkataan tersebut membentuk SIFOOLAN atau Cikgu Lan.

Berpengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat(IT) khususnya dalam penyelenggaran komputer dan rangkaian komputer sejak tahun 1996. Berpengalaman dalam melatih ramai juruteknik komputer disekitar Pekan Selama dan Kulim.

Mendapat pengalaman pertama dalam bidang penyelenggaraan komputer pada tahun 1994 sebagai juruteknik komputer di Intermedia Computer (Kulim). Tapak Abang Capati (Taman Cengal) sekarang.

Berpengalaman hampir 16 tahun dalam bidang jualan komputer, penyelenggaraan komputer, rangkaian komputer, pembinaan laman web dan bengkel ICT dengan membuka perniagaan sendiri di bawah nama Hyperlan Computer.

Mempunyai Ijazah dalam bidang ICT dan Ekonomi serta berpengalaman mengendalikan bengkel ICT di peringkat negeri dan kebangsaan.

Pernah menjadi JUICT di peringkat negeri JPN Pulau Pinang dan JPN Perak serta bergiat aktif di sekitar daerah Larut Matang dan Selama sebagai Webmaster Portal PPD Larut Matang dan Selama.

Antara portal yang telah dihasilkan dengan bimbingan SIFOOLAN di peringkat kebangsaan ialah di portal Bahagian Sekolah Harian KPM Versi Joomla pada tahun 2006-2009. Manakala di peringkat negeri ialah portal JPN Penang, JPN Perak dan BTPN Selangor. Banyak terlibat dalam membantu pihak sekolah dalam menghasilkan portal atau blog sekolah sendiri.

Pernah diiktiraf sebagai Guru Cemerlang ICT di peringkat daerah Larut Matang dan Selama pada tahun 2007.

Berupaya membangunkan sistem berasaskan web-base bagi tujuan perniagaan dan pengurusan.
serta dapat memenuhi kehendak pelanggan.